Rawatan

Sapuan Florida

Sapuan Florida ialah rawatan pencegahan gigi yang menggunakan bahan fluoride pekat untuk menguatkan enamel dan melindungi gigi daripada kerosakan akibat asid dan bakteria.

Rawatan ini disarankan untuk kanak-kanak dan remaja yang masih mempunyai gigi kekal baru tumbuh, serta orang dewasa yang mengalami gigi sensitif atau karies berulang.

Kelebihan Sapuan Florida

  • Menguatkan enamel gigi & melindungi daripada karies
  • Mengurangkan sensitiviti gigi terhadap makanan panas atau sejuk
  • Sesuai untuk kanak-kanak, remaja & orang dewasa
  • Proses cepat, tanpa sakit & tidak memerlukan bius
  • Membantu mengekalkan kesihatan gigi jangka panjang

Siapa Yang Disarankan Untuk Rawatan Ini?

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas untuk pencegahan awal kaviti
  • Remaja & pelajar yang kerap mengambil makanan manis atau berasid
  • Pemakai braces yang sukar membersihkan kawasan tertentu
  • Individu dengan gigi sensitif atau sejarah karies berulang
  • Orang dewasa yang ingin mengekalkan enamel kuat dan sihat

Proses Sapuan Florida

1️⃣ Pembersihan Awal – Doktor akan membersihkan gigi bagi menyingkirkan plak dan sisa makanan.
2️⃣ Sapuan Fluoride – Gel, foam atau varnish disapu pada permukaan gigi menggunakan berus kecil.
3️⃣ Tempoh Penyerapan – Dibiarkan selama beberapa minit bagi memastikan fluoride meresap ke enamel.
4️⃣ Selesai Tanpa Sakit – Pesakit boleh terus beraktiviti seperti biasa selepas rawatan.

Tips Penjagaan Selepas Sapuan Florida

✔ Elakkan makan atau minum selama 30 minit selepas rawatan
✔ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid (contoh: minuman bergas, jus sitrus)
✔ Gunakan ubat gigi berfluorida dua kali sehari
✔ Dapatkan pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan

Tempah Pemeriksaan Gigi Anda Hari Ini!

Hantar Temu Janji / PertanyaanHubungi

Kenapa Pilih Klinik Gigi El Safwa

Kelembutan. Ketelitian. Gaya

Kerana Senyuman Anda Layak Menerima Penjagaan Yang Terbaik Dan Berkualiti Tinggi. ❤️

Borang Pertanyaan & Temujanji

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ingin membuat temujanji, atau memerlukan maklumat lanjut mengenai servis kami, sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.