Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ingin membuat temujanji, atau memerlukan maklumat lanjut mengenai servis kami, sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Rawatan
Rawatan Saraf Akar (Endodontic)
Rawatan Profesional Untuk Menyelamatkan Gigi Rosak Daripada Dicabut
Rawatan Saraf Akar (Endodontic) ialah prosedur pergigian untuk merawat gigi yang mengalami jangkitan atau keradangan pada tisu saraf di bahagian dalam gigi (pulp).
Menyelamatkan gigi daripada dicabut dengan membersihkan bahagian dalam akar, membuang bakteria, dan menutupnya semula bagi mengelak jangkitan berulang.
Tanda-Tanda Anda Mungkin Perlukan Rawatan Saraf Akar
- Sakit gigi berdenyut yang berterusan, terutama waktu malam
- Gigi sensitif terhadap suhu panas atau sejuk
- Gusi membengkak di sekitar gigi yang terjejas
- Gigi berubah warna menjadi lebih gelap
- Terdapat nanah atau bengkak kecil di gusi berhampiran akar
Proses Rawatan Saraf Akar
1️⃣ Pemeriksaan & Diagnosis
- Doktor akan melakukan pemeriksaan dan sinar-X untuk menilai keadaan saraf gigi.
2️⃣ Pemberian Bius Setempat
- Pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang rawatan.
3️⃣ Pembuangan Tisu Terjangkit
- Bahagian saraf yang dijangkiti akan dibersihkan menggunakan alat khas.
4️⃣ Penyahkuman & Pengisian Akar Gigi
- Saluran akar dibersihkan sepenuhnya dan diisi dengan bahan khas (gutta-percha).
5️⃣ Penutupan & Penampalan
- Bahagian atas gigi ditampal atau ditutup dengan crown bagi melindungi struktur gigi.
Kelebihan Rawatan Saraf Akar
- Menyelamatkan gigi asal tanpa perlu dicabut
- Menghilangkan kesakitan dan jangkitan sepenuhnya
- Mencegah penyebaran bakteria ke gigi lainMembolehkan gigi berfungsi seperti biasa
- Hasil tahan lama dengan penjagaan rapi
Penjagaan Selepas Rawatan
✔ Elakkan mengunyah di bahagian gigi yang dirawat selama beberapa hari
✔ Ambil ubat tahan sakit dan antibiotik seperti diarahkan
✔ Kekalkan kebersihan mulut dengan memberus dan flos gigi secara rutin
✔ Hadir untuk rawatan susulan bagi memastikan akar gigi pulih sepenuhnya
✔ Pertimbangkan pemasangan dental crown untuk perlindungan jangka panjang
Tempah Pemeriksaan Gigi Anda Hari Ini! ✅
Sentuhan Lembut & Mesra
Kami memahami kebimbangan anda dan sentiasa memastikan pengalaman rawatan yang tenang dan selesa.
5-Star Review
Ramai pesakit berpuas hati dengan pelbagai ulasan positif dan hasil rawatan yang memuaskan.
Harga Berpatutan
Servis yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Mampu untuk semua lapisan masyarakat tanpa kompromi kepada kualiti rawatan.
Temujanji Yang Mudah & Fleksible
Komunikasi yang jelas dan temujanji yang mudah mengikut keselesaan anda.
Suasana Eksklusif & Bersih
Ruang klinik direka agar anda berasa seperti di tempat rehat, bukan sekadar klinik.
Pasukan Berpengalaman
Doktor dan staf kami terlatih dalam memberi layanan yang profesional dan penuh perhatian.
Teknologi Terkini
Rawatan lebih selesa, cepat dan berkesan dengan peralatan terkini.
Borang Pertanyaan & Temujanji
"*" indicates required fields

